Coral Bay, Pulau Perhentian Kecil, Pulau Perhentian, Terengganu, Malaysia. |
Bagi yang tidak pernah sampai ke Pulau Perhentian, anda mungkin tidak tahu bahawa Pulau Perhentian ini terbahagi kepada dua iaitu:
Pulau Perhentian Kecil
Pulau Perhentian Besar
Perbezaan diantara dua pulau ini agak ketara dari segi kemudahan & kemeriahannya.
Pulau Perhentian Besar merupakan pulau yang agak besar tetapi terpisah-pisah pantainya. Sebagai contoh: Sekiranya anda menetap di pantai A, untuk ke pantai B, anda harus menaiki "water taxi". Kebanyakan pantainya tidak boleh di akses dengan berjalan kaki dari pantai A ke pantai B. Di Pulau Perhentian Besar juga tidak banyak gerai makan, restoran dan kafe. Ini menjadikan pilihan menu anda terhad kepada restoran atau kafe penginapan yang anda tinggal sahaja. Pulau Perhentian Besar menjadi pilihan kebanyakan pengunjung luar negara dan dalam negara yang inginkan suasana sunyi.
Manakala Pulau Perhentian Kecil merupakan pulau yang kecil & menjadi pilihan muda mudi dari luar dan dalam negara kerana kemeriahan pantainya yang tidak kira masa siang atau malam sentiasa sibuk. Anda juga boleh berjalan dari satu pantai ke pantai yang lain. Di Pulau Perhentian Kecil juga terdapat lebih banyak pilihan gerai makan, restoran dan kafe untuk anda menjamu selera.
Tetapi, dimana pun anda pilih samada Pulau Perhentian Kecil atau Pulau Perhentian Besar, sangat penting untuk anda menempah pakej percutian yang anda inginkan terlebih dahulu kerana bilik atau chalet yang ada di kedua-dua buah pulau ini adalah sangat-sangat terhad. Kebanyakannya akan penuh terutamanya di hujung minggu, cuti umum dan juga cuti sekolah! Kami nasihatkan anda supaya tempah awal-awal bagi mengelakkan ketiadaan bilik.
Banyak kami terima call/sms/whatsapp bertanya tentang kekosongan bilik atau chalet pada hari yang sama sampai merayu pun ada tetapi hampa sebab memang sudah penuh satu pulau tak dapat kami nak tolong. Anda akan kepenatan pusing satu pulau mencari bilik atau chalet, dari Pulau Perhentian Kecil sambung cari di Pulau Perhentian Besar, silap-silap kene keluar pulau dan tidur di jeti.
Kene ingat, bot terakhir meninggalkan pulau adalah pada jam 4 petang. Tak ada bilik, tertinggal bot lagi, memang tidur di pantai dihurung dek nyamuk la dik!
Bukan selalu dapat bercutikan? Jangan ambil risiko. Lagi-lagi kalau dengan kawan-kawan berkumpulan. Silap-silap boleh gaduh besar dik!
Jadi jangan buang masa lagi, hubungi wakil kami untuk pertanyaan pakej.
Whatsapp
NAMA anda
TARIKH untuk bercuti
BERAPA ORANG yang akan turut serta
ke +6019 977 8222 (Dyana Azman)
atau
+6016 900 1228 (EnShahdi)
sekarang!
sekarang!
Pakej bajet ada, pakej ekonomi ada, pakej up sikit pun ada. Ikut pada bajet anda mana yang sesuai.
Jom ikut kami di: Instagram | Facebook | Twitter
atau lihat website kami.
Jom ikut kami di: Instagram | Facebook | Twitter
atau lihat website kami.
No comments:
Post a Comment